Harian Metro
@hmetromy
Akaun rasmi Harian Metro. The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (Co. No. 196101000449 / 4485 H)
#Putrajaya Ini hanya sentimen politik, kebencian…tidak ikut fakta. Jadi, kita cadang supaya rakyat menilai mengikut fakta, kalau ada kelemahan kita boleh perbaik. hmetro.com.my/mutakhir/2025/…
#KualaLumpur Pergerakan hanya dibenarkan menggunakan bas rasmi yang disediakan tuan rumah dan setiap peserta turut diminta sentiasa mengemas kini lokasi semasa sebagai langkah berjaga-jaga. hmetro.com.my/mutakhir/2025/…
#Kulim Langkah itu selaras usaha memperkukuh keupayaan Rela supaya tidak hanya tertumpu kepada tugasan konvensional hmetro.com.my/mutakhir/2025/…
#RapXtra I Know What You Did Last Summer versi 2025 ini bukan sekadar 'reboot' kosong yang bergantung kepada nostalgia semata-mata, sebaliknya sambungan kepada filem asal 1997. hmetro.com.my/rap/rapextra/2…
#Hanoi Pihak berkuasa Vietnam pada Ahad mengesahkan bahawa kesemua 39 mayat mangsa nahas bot pelancong yang terbalik di wilayah utara Quang Ninh berjaya ditemukan. hmetro.com.my/global/asia/20…
#KotaBharu Petugas hospital didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memukul seorang lelaki yang juga suami kepada bekas isterinya menggunakan parang di Kampung Pulau Raja pada 16 Julai lalu. hmetro.com.my/mutakhir/2025/…
#Kulim Perhimpunan berkenaan berjalan lancar dan dikawal rapi oleh polis secara profesionalisme selaras komitmen Kerajaan MADANI dalam menjamin kebebasan berhimpun. hmetro.com.my/mutakhir/2025/…
#Rap Jika itu adalah kebahagiaan buat mereka, beliau reda dan mendoakan yang terbaik untuk kedua-duanya, katanya dalam temu ramah dengan Berita Minggu (BM) Singapura. hmetro.com.my/rap/rapextra/2…
#kualalumpur #bolatime Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan memperkenalkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dari jarak jauh bagi memudahkan pemantauan perlawanan yang membabitkan tiga pasukan dari Borneo musim ini. hmetro.com.my/arena/bola-sep…
#kotabharu Bapa penyanyi dikir barat Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin menaruh harapan anaknya akan dibebaskan bulan depan. hmetro.com.my/mutakhir/2025/…
#Rap Linda Hashim, 41, membidas suaminya, Beego yang mengeluarkan kenyataan menyalahkan dirinya menerusi media sosial. hmetro.com.my/rap/rapextra/2…
#kualalumpur Kementerian Belia dan Sukan (KBS) percaya Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mempunyai cara tersendiri dan yakin badan induk itu mampu mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap isu pemilihan pelumba lebuh raya untuk mewakili negara di Sukan SEA…
#Washington Seekor ular yang sangat kecil sehingga boleh disangka sebagai cacing ditemukan semula di Barbados, hampir dua dekad selepas ia dianggap pupus. hmetro.com.my/global/amerika…
#kualalumpur #bolatime Isu lama pasukan Kelantan FC kini kembali menghantui apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan sudah menghantar surat rasmi kepada Kelantan Red Warriors (Kelantan KRW) yang kini bersaing dalam Liga A1 Semi Pro. hmetro.com.my/arena/bola-sep…
#Semporna Pemancing dikhuatiri lemas selepas tercampak ke laut apabila bot kayu dinaikinya bersama rakan dilanggar sebuah bot lain berhampiran Jeti Balimbang, Pulau Bum-Bum di sini, pagi semalam. hmetro.com.my/mutakhir/2025/…
#kualalumpur Seramai 43 jemaah umrah dilaporkan terkandas di Jeddah, Arab Saudi, selepas agensi pelancongan dikatakan gagal menyediakan tiket penerbangan pulang ke Malaysia kepada semua jemaah terbabit. hmetro.com.my/utama/2025/07/…
#Ipoh Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam disifatkan sebagai 'kejayaan besar' kerajaan MADANI dalam mendepani tuntutan peserta demonstrasi terhadap kerajaan. hmetro.com.my/mutakhir/2025/…
#Kulim KDN menunggu laporan penuh siasatan 'pasport terbang' susulan penahanan beberapa anggota penguat kuasa di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) semalam. hmetro.com.my/mutakhir/2025/…
#Bangi JPJ Pahang bekerjasama dengan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyelesaikan isu papan tanda yang ditutup pelekat oleh pihak tidak bertanggungjawab. hmetro.com.my/mutakhir/2025/…
#KotaBharu Warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol adik iparnya di Kampung Kubang Golok, Bachok pada Januari lalu. hmetro.com.my/mutakhir/2025/…