JKR Bahagian Perkhidmatan Mekanikal
@JKRWoksyop
Akaun rasmi Bahagian Perkhidmatan Mekanikal (Dulunya dikenali sebagai Woksyop Persekutuan), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
21 julai 2025 Majlis Pelancaran Karnival Sukan BPMek 2025-2026. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah Kanan CKM. Edisi ke-2 karnival sukan ini mempertandingkan 11 jenis sukan dan melibatkan 4 kumpulan rumah sukan iaitu Pedang, Keris, Kerambit & Tombak @IPJKR_Official @JKR_CKM




11 Julai 2025 (Jumaat) Alhamdulillah selesai Majlis penyerahan Projek Penggantian Lif Aswara. Projek berjaya diserah 3 dalam 1 , projek juga siap awal dari tempoh projek sebenar. @IPJKR_Official @JKR_CKM




Salam Maal Hijrah 1447H. Semoga tahun baru ini membawa keberkatan, hidayah dan kekuatan iman dalam hidup kita. Ayuh berhijrah ke arah lebih baik, dunia & akhirat. @IPJKR_Official @JKR_CKM

19-20 Jun 2025 Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan Bagi Surat Rasmi, E-mel, Memo dan Minit Mesyuarat anjuran Bahagian Perkhidmatan Mekanikal. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nor Liyana Mohd Bokti di atas perkongsian ilmu yang telah disampaikan. @IPJKR_Official @JKR_CKM




16 Jun 2025 Ceramah Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Dadah & Gotong Royong Perdana BPMek bertempat di Garaj Blok A. Terima kasih diucapkan kepada En Razshahfiq Ily Nadi, Ketua AADK Daerah Cheras di atas perkongsian ilmu yang telah disampaikan @IPJKR_Official @IPJKR_Official




Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga perayaan Aidiladha tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan penghayatan. @IPJKR_Official @JKR_CKM

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia

“Selamat Hari Wesak. Semoga cahaya kebijaksanaan, kedamaian dan kasih sayang membimbing kita semua ke arah kehidupan yang lebih harmoni dan bermakna.” @IPJKR_Official @JKR_CKM

Selamat Hari Pekerja 2025 kepada semua warga kerja yang dihormati. Segala jasa dan sumbangan anda amat dihargai. Teruskan kecemerlangan demi kemajuan bersama. @IPJKR_Official @JKR_CKM

22-23 April 2025 Audit Pemantauan Tahun Kedua Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) ISO 50001:2018 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bertempat di Bilik Mesyuarat KJM, BPMek. @IPJKR_Official @JKR_CKM




15 April 2025 (Selasa) Mesyuarat Agung Tahunan Kelab JKR Worksyop Persekutuan Sesi 2025/2026 bertempat di Ruang Garaj, Blok A, BPMek. Agenda mesyuarat melibatkan Pembentangan Laporan Sesi 2023/2024 dan Pemilihan AJK Sesi 2025/2026 @IPJKR_Official @JKR_CKM




Warga BPMek mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446 H/2025M kepada seluruh umat Islam. Semoga syawal ini membawa kebahagian, keberkatan dan kasih sayang yang lebih erat sesama kita. @IPJKR_Official @JKR_CKM




Salam Nuzul Al-Quran 1446H Sempena hari Nuzul Al-Quran, marilah kita menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian. Semoga kita terus diberkati dengan hidayah & rahmat Allah SWT. Semoga hati kita sentiasa terpaut dengan Kalamullah. @IPJKR_Official @JKR_CKM

Program Agihan Juadah Berbuka Puasa anjuran Surau BPMek telah diadakan pada 12 Mac 2025 yang disampaikan oleh Tuan KJM Ir. Ts. Amran bin Ahmad. @IPJKR_Official @JKR_CKM




Majlis Penyerahan Projek 1 Unit Roro Feri Penumpang dan Kargo baharu telah diadakan pada 11 Mac 2025. Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Kanan CKM @suhailimansor bertempat di JKR Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. @IPJKR_Official @JKR_CKM




7 Mac 2025 (Jumaat) Program Bacaan Yasin & Tahlil Serta Agihan Kurma Anjuran Surau BPMek. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga kita mendapat keberkatan dan keredhoaan Ilahi. @IPJKR_Official @JKR_CKM




Warga BPMek mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat beragama Islam. Semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran, keikhlasan, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. @IPJKR_Official @JKR_CKM

Mesyuarat Agung Tahunan Surau BPMek 2025 bertempat di Surau BPMek pada 19/2/25. Terima kasih diucapkan kepada barisan AJK 2023/2024 & terima kasih juga yg telah hadir memberi sokongan. Semoga Surau BPMek akan terus cemerlang dan diberkati Allah Swt. @JKR_CKM @IPJKR_Official



